Salam..spt yg dikatakan dlm n3 sebelum nie..byk yg tertunggak.
Projek hujung minggu..kek pisang.Acuan lak cikhas guna acuan silikon. Acuan nie kakak cikhas yg adiahkan..TQ kakcik..dia tau minat adik dia..itu ler hadiah paling berguna..
Resepi sempoi, terjumpa dlm cheffarid.com & kat umah rahanissFP pun ada..resepi:
Kek pisang
1 cwn pisang - yang dh dilecek (pisang byk lagi best)
3/4 cawan gula pasir
4 biji telur gred B
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicabonate
1 tsp esen vanila
Caranya....
1. Ayak tepung + soda +baking powder
2. Pukul telur dengan gula sampai kembang, masukkan ke dalam adunan pisang lecek tadi & kacau sebati.
3. Masukkan minyak dan kacau + esen vanilla dan last sekali buh tepung sedikit demi sedikit. kacau pelan².
4. Masukkan dalam acuan, dan bakar selama 45 minit hingga masak, temp 180.
kek pisang nie, gebu, moist..mmg sodap.Kebetulan kak chik dtg dgn anak buah, mmg rezeki depa la..try ler.
No comments:
Post a Comment