Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Monday, July 13, 2009

KEK PISANG

Salam..spt yg dikatakan dlm n3 sebelum nie..byk yg tertunggak.
Projek hujung minggu..kek pisang.Acuan lak cikhas guna acuan silikon. Acuan nie kakak cikhas yg adiahkan..TQ kakcik..dia tau minat adik dia..itu ler hadiah paling berguna..
Resepi sempoi, terjumpa dlm cheffarid.com & kat umah rahanissFP pun ada..resepi:
Kek pisang
1 cwn pisang - yang dh dilecek (pisang byk lagi best)
3/4 cawan gula pasir
4 biji telur gred B
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicabonate
1 tsp esen vanila
Caranya....
1. Ayak tepung + soda +baking powder
2. Pukul telur dengan gula sampai kembang, masukkan ke dalam adunan pisang lecek tadi & kacau sebati.
3. Masukkan minyak dan kacau + esen vanilla dan last sekali buh tepung sedikit demi sedikit. kacau pelan².
4. Masukkan dalam acuan, dan bakar selama 45 minit hingga masak, temp 180.
kek pisang nie, gebu, moist..mmg sodap.Kebetulan kak chik dtg dgn anak buah, mmg rezeki depa la..try ler.

Saturday, March 14, 2009



Salam, ada masa utk update.
Skrg rajin buat muffin..yer ler mudah..lagi pun nak memahirkan diri nie..Jumaat lepas rajin yg amat, dua muffin cikhas buat..ambik nko..muffin..muffin..muffin...
dark Cocoa Muffin ambik dari http://merpati66.fotopages.com/ (IDA BAKERY) sedap..sedap.
Ari tu jln ke blog k.Umi, terjumpa ler Banana Muffin, so try ler buat. Pisang mmg ada kt umah & terus buat sambil tu bole hantar ke kedai..menambah income.
Asalnya dlm blog Madiha FP. Halal ye resepi nie, coz cikhas buat utk jual plak.
Sedap & lembab, juga berat..paling penting mudah buat. meh resepi :

Bahan (A)
400g butter - dicairkan
300g telur (6 biji telur gred A)
200g susu segar
(B)
600g pisang (10 biji pisang emas)
400g gula kaster (utk kurang manis 350g shj)
2g garam
(C)- diayak
550g tepung superfine
2 s/k baking powder
2 s/k soda bikabonat

CARA2:
Cairkan butter secara double boiler.Larut & sejukan.
masukan telur yg dipukul sedikit & masukan susu sugar. kacau sebati dgn whisker. Masukan garam & gula dlm adunan pisang lecek. kacau hingga gula larut.
Campurkan semua bahan2 cair tadi kedlm adunan pisang. Kacau rata.
Masukkan tepung yg diayak bersama bahan penaik & kacau rata.DO NOT OVER MIXED.
Masukkan dlm acuan muffin & bakar temp: 180 selama 18-20min @ bergantung pd oven.